TEKNIKAL ANALISIS
Apa Itu Analisis Teknikal
Analisis teknikal adalah salah satu cara menganalisa pelaburan menggunakan chart/carta. Setiap instrumen pelaburan yang harganya dapat diterjemahkan dalam bentuk carta, dapat menggunakan analisis teknikal.
Tujuan Buat Analisis Teknikal
Teknikal analisis adalah pergerakan harga sesebuah kaunter. Ia dijadikan rujukan dalam memahami chart setiap kaunter sebagai cara untuk ENTRY sesuatu kaunter.
Ia sangat berguna untuk mengenal pasti trend kaunter adakah UPTREND, SIDEWAY DAN DOWNTREND.
Dalam analisis ini pula terdapat banyak ILMU yang kita boleh ambil dan mengikut apa yang kita mahu serta faham.
Apa Beza Analisis Teknikal Dan Fundamental?
Analisis teknikal dan analisis fundamental adalah dua jenis analisa yang biasanya digunakan oleh para pelabur atau pedagang. Ada yang hanya memilih salah satu, ada juga yang menggunakan kedua-duanya. Kalau saya, saya suka nak gunakan kedua-duanya sebab masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
| Jenis Analisa | Fundamental | Teknikal |
| Jangka Masa Pelaburan | Midterm dan Longterm | Shortterm dan Midterm |
| Sasaran | Mencari saham yang dijual pada harga ‘diskaun’ berbanding nilai sebenar | Menggunakan carta untuk menentukan bila sesuai untuk masuk atau keluar dari kaunter. History repeats itself |
| Kelemahan | Tidak dapat menentukan ‘timing’ dengan tepat | Tidak dapat menerangkan sebab sebenar kenaikan atau penurunan harga di luar konsep supply and demand |
| Kekuatan | Lebih senang kepada orang yang melihat pelaburan seperti memiliki sebuah bisnes | Mempunyai kelebihan dari segi market structure, kefahaman trend, lebih cepat buat analisa dan timing yang lebih dapat dijangka |
Bagaimana Analisis Teknikal Bekerja :
Sekarang, mari kita lihat bagaimana Analisis Teknikal benar-benar berfungsi dalam mengambil keputusan pelaburan yang bijak.
Mengenal Pasti Pola Grafik: Pemula dalam Analisis Teknikal perlu memahami pola grafik asas seperti “support” dan “resistance,” serta pola-pola yang lebih kompleks.
Menggunakan Indikator Teknikal: Indikator seperti RSI membantu kita menilai tahap kelebihan pembelian atau penjualan saham.
Analisis Trend: Melalui carta harga, kita boleh mengenal pasti trend jangka pendek dan jangka panjang saham.
Menetapkan Arahan Pelaburan: Berdasarkan analisis kita, kita boleh menetapkan arahan pelaburan seperti membeli, menjual, atau menahan saham.
Manfaat Analisis Teknikal
Analisis Teknikal membawa pelbagai manfaat kepada pelabur:
Keputusan yang Lebih Tepat: Dengan Analisis Teknikal, anda dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat dan berdasarkan data.
Kawalan Risiko yang Lebih Baik: Anda boleh menetapkan arahan stop loss dan take profit dengan lebih bijak, membantu mengurangkan risiko.
Penjimatan Masa: Ia membolehkan anda mengesan peluang pelaburan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan usaha.
Kesimpulan
Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, Analisis Teknikal adalah alat yang berkuasa untuk membantu kita membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan berdasarkan fakta. Dengan belajar dan menguasai Analisis Teknikal, anda akan mempunyai kelebihan yang besar di pasaran saham.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk mula belajar Analisis Teknikal dan gunakannya sebagai senjata anda dalam mencapai kejayaan dalam pelaburan saham. Terima kasih kerana membaca, dan selamat melabur!