Skip to content

TENTANG CIKGU ED

Kenali Cikgu ED


MPLUS Remisier, CMSRL

Mohd Edli Shah Bin Basir merupakan REMISIER yang menjadi wakil kepada Broker Malacca Securities dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau dahulunya merupakan Penganalisis dan Pengaturcara Sistem dan menjalankan perniagaan ICT sendiri selama 10 tahun sebelum mengubah Haluan ke dunia pelaburan pada tahun 2013. Beliau juga merupakan graduan Lulusan ICT dari Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Antara kelulusan professional beliau dalam industry pelaburan adalah CMSRL dan telah dikenali sebagai “Cikgu ED” dalam bidang pelaburan.

KEJAYAAN CIKGU ED

Pada tanggal Januari 2016 , Cikgu ED telah menyadang gelaran sebagai Top Trader anjuran Malacca Securities Wangsa Maju. Bukan itu sahaja, Cikgu ED juga pernah memenangi Anugerah sebagai “TOP REMISIER” di bawah Kategori “HIGHEST TRADED VALUE-New Account(Shariah)” pada tahun 2021. Anugerah yang diterima ini merupakan antara anugerah di bawah Bursa Malaysia yang menjadi penanda aras kecemerlangan dan kupayaan seseorang remisier untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pelabur di bawah kelolaan Cikgu Ed.

Previous slide
Next slide
Previous slide
Next slide

PENGALAMAN DALAM INDUSTRI SAHAM

Berbekalkan pengalaman dalam bidang Pelaburan selama 10 tahun secara sepenuh masa, Cikgu Ed lebih menumpukan perhatian kepada pelaburan jangka masa pendek (intraday) berbanding masa Panjang. Dengan penumpuan ini , ianya telah menarik ramai pelaburan yang sangat berminat dengan strategi dan sistem pelaburan jangka masa pendek yang mudah dan selamat. Secara purata , pelabur yang berdaftar di bawah Cikgu Ed sekarang mencecah 2500 orang.

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Cikgu ED dan anda boleh join kelas khas untuk klien Cikgu ED. Jika anda nak belajar teknik paling mudah menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.